Wanita Pasr4h Jadi Ibu Tungg4l Anak Dua

Tidak dinafikan, alam perkahwinan merupakan antara yang diingini oleh setiap insan tetapi tidak seperti yang digambarkan. Momen gembira dan sedih itu pasti wujud dalam menjalani rumah tangga.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita bernama Siti Aishah Ishak, apabila perkahwinannya dilanda badai sebelum ditinggalkan oleh suaminya.

Berkahwin seawal umur 14 tahun

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok miliknya, wanita berusia 23 tahun mengakui dia telah berkahwin seawal umur 14 tahun dan dikurniakan cahaya mata pertama lelaki pada usia 15 tahun.

Selepas dua tahun melayari bahteri sebagai pasangan suami isteri, dia disahkan mengandung anak kedua dan kali ini seorang puteri pula.

Pada usia kandungan tujuh bulan pula, difahamkan Aishah telah ditinggalkan oleh suaminya dan membiarkan dia keseorangan membanting tulang demi membesarkan anak-anak.

Sehingga kini, kedua kanak-kanak berusia lapan dan enam tahun itu masih belum bertemu bapa mereka yang ‘hilang’ tanpa memunculkan semula dirinya.

Semoga mendapat kebahagiaan nanti

Perkongsian tersebut dipenuhi komen netizen yang memuji kecekalannya dalam mengharungi kehidupan sepanjang bergelar ibu tunggal selain turut mendoakan agar dia sentiasa kuat menghadapi ujian daripada Allah SWT.

Ibu yang kuat! Jaga anak elok2

Tabahnya muda2 dah hadapi ujian seberat ini

Allah uji sebab awak kuat

Kehidupan berumah tangga sememangnya tidak sentiasa indah tetapi kehidupan harus diteruskan walaupun agak perit untuk ditelan.

Sumber: TikTok Siti Aishah Ishak